New yarns and new colours in stock! – Also.. Coming Soon :)

Coming soon…

Contact us at sindarery@gmail.com or at www.facebook.com/daknit PAGE for more information, details and assistance. Thank you :)

mari kait bunga yang simple :)

alhamdulillah.. sempat juga buat tutorial yang ringakas ini. Di bawah adalah tutorial untuk bunga di atas menggunakan tulisan tangan saya. Di harap mudah difahami :) mana yang tak faham, jangan2 segan untuk tanya saya ya. InsyaAllah saya cuba bantu jelaskan lagi.

Boleh download ataupun save image as untuk muat turun ke pc anda!

KLIK image di atas untuk lihat dengan lebih jelas :)

Thank you for hopping by!

May Allah swt bless us all.

Kelas Mengait bersama Pn. Mahani J :)

Alhamdulillah.. syukur sangat-sangat pada Allah swt untuk hari ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Mahani J (orangnya sangat cantik :) ) di atas kesudian beliau untuk menghadiri kelas bersama Da’Knit pada hari ini untuk kali kedua :)

Kelas mengait bersama Pn.Mahani sangat menyeronokkan :) kali pertama berbual dengan beliau, sudah terasa seperti kawan lama pula! Allah’im.. seronok betul! Sepanjang sesi belajar bersama, kami belajar bermula dari asas dan tak sangka terasa masa berjalan begitu cepat sekali :(

Percaya tak? Dalam masa seminggu sahaja selepas kelas pertama, Pn. Mahani telah berjaya mengait baju dress yang cutee sangat ni seperti di dalam gambar di atas! Inilah hasil beliau yang pertama setelah memahirkan diri dengan asas crochet.! Wahh sangat mengujakan kan? ketika saya melihat baju ini.. Allah Allah.. saya sangat terkejut dengan hasil yang cantik sekali dengan menggunakan benang magic baby!.. Tahniah di atas hasil pertama Ani :D kaitan yang sangat kemas sekali. Jarang sungguh ada orang yang dapat mengait dengan begitu cepat. Tangan beliau sangat istimewa :) ! Bak doa orang Turkey, Ellerine Saglik ( suami saya translate – May your hand be healthy ) :D

Betul kata seorang guru saya masa dulu.. Guru hanyalah pemberi  tunjuk ajar dengan hanya menyumbangkan 20% usaha. Manakala 80% adalah usaha pelajar untuk cemerlang dalam setiap apa juga bidang yang diceburi. Alhamdulillah. Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya!

Kepada Pn. Ani.. jemputlah datang selalu  ya! :D sambil2 mengait boleh borak lagi sama-sama. Hihi… Terima kasih sekali lagi.. ada umur jumpa lagi.

Hugsss! and kissesss!!

Tips memulakan belajar mengait baju!

Photo Credit: www.handmadematters.co

Kawan-kawan semua.. pernah tak terfikir nak belajar dan up level ke pattern yang lebih mencabar seperti mengait baju? Kalau ya.. teruskan membaca  :D

Da’Knit ingin berkongsi TIPS untuk menepis rasa gerun mencuba pattern mencabar. Banyak yang da’knit perhatikan kebiasaan ayat yang selalu diluahkan ialah:

1. Rasa susah.. tak berani nak cuba lagi…
2. Bilalah nak start belajar buat baju ni..
3. Susahnya baca instruction english..belit2 ayat dia..
4. Tak faham tengok diagram dan simbol..pening!

dan lain-lain luahan..

**
Da’Knit percaya setiap peminat dan penggemar mengait lebih-lebih lagi yang baru mula punya semangat yang tinggi utk belajar benda yang baru, so.. jum ambil peluang menggunakan semangat yang ada itu utk cabar diri anda mencuba pattern yang lebih umm! xD

::?

Tips:
1. Pastikan anda memahami benar-benar setiap abbreviations/istilah yang dinyatakan di dalam pattern sama ada knitting ataupun crochet. Contoh-contoh istilah/abbreviations adalah seperti Sc (single crochet), K (knit) etc…

2. Jangan segan-segan untuk bertanya kepada yang lebih arif untuk membantu, ataupun jikalau anda “confuse” dengan ayat yang ditulis, jangan lupa untuk rujuk kamus English. Sangat membantu! Ataupun jikalau anda jenis yang kurang bertanya.. rajin-rajin search kat google, ada ramai yang bertanyakan masalah yang hampir sama ketika mengait baju!

3. Simbol Jepun sangat mudah difahami jika anda hafal setiap simbol dan maksudnya. Setiap simbol itu ada cara kaitannya sendiri. Contohnya untuk SC (single crochet) simbol Jepun ialah ” x “. Jadi sebenarnya, menghafal dan memahami istilah+simbol amat membantu!

4. Ramai yang suka mulakan pattern baju dengan pattern yang banyak bunga. NOP! Jangan dulu :) Mulakan dengan pattern membuat baju yang banyak menggunakan SC (single crochet) ataupun DC (double crochet) untuk Jarum kait satu, manakala K (Knit) ataupun P (Purl) untuk jarum kait dua. Kerana menggunakan stitch yang asas untuk belajar kait baju membantu anda untuk memahami anatomi mengait baju dengan lebih baik.

5. Dan yang akhir! MULAKAN mengait BAJU BABY (0-3 months old) dahulu :D walaupun anda belum mempunyai baby yang comel (^-^) anda masih boleh belajar mengait baju menggunakan pattern baju baby. Ianya sangat membantu untuk anda memahami cara-cara asas mengait baju.

Ok.. apa kata, kita cuba dengan pattern mudah seperti ini:
http://www.handmadematters.com/2010/03/02/newborn-baby-sweater-crochet-pattern/ (klik link untuk pattern) asasnya sangat mudah iaitu hanya melibatkan:
Ch: chain
DC: double crochet
SC: single crochet
St: stitch

Mari ambil jarum dan benang anda dan mulakan percubaan pertama ini! :D Selamat ber-crochet!

 

Creative Crafter: Hang Out bersama Puan Lina A.R!@Pinkyfrogshop

Bismillahirrahmanirrahim…

Hi semua.. apa khabar? Bagaimana awak hari ini? (favourite soalan suami saya.. hihihi) Alhamdulillah.. hari ini saya berkesempatan untuk membuat satu entri yang menarik!

Pada 2 Minggu yang lalu.. dengan izin Allah swt, saya berkesempatan untuk menemu bual seorang penulis buku crochet Siri Jahitan Crochet 1 dan juga seorang ahli kraf yang sangat comel dan happy go lucky! iaitu Puan Lina A.R  juga dikenali sebagai Pinkyfrogshop :D

Review buku: Saya telah dihadiahkan buku ini oleh Puan Lina A.R pada tahun lalu (Terima kasih Puan :) ) Secara kesimpulannya, buku ini adalah buku yang sangat sesuai digunakan bagi mereka yang baru dan ingin berjinak-jinak dengan dunia crochet (jarum kait satu). Penerangan di dalam buku ini sangat ringkas tetapi padat dengan isi dan langkah yang teratur. Gambar-gambar yang terdapat di dalam buku ini sangat menarik dan anda pasti tidak akan kecewa memiliki buku ini sebagai buku rujukan anda. Saya sangat suka cara penyampaian beliau yang santai, ringkas dan senang. Sesetengah buku menggunakan istilah Bahasa Melayu yang sukar difahami namun, bagi buku Puan Lina A.R, beliau menggunakan istilah yang senang dan kebanyakkan istilahnya adalah istilah di dalam Bahasa Inggeris, di mana, kebanyakkan paten-paten yang terdapat di internet juga menggunakan istilah Bahasa Inggeris. Maka ini memudahkan mereka yang ingin belajar crochet dapat menguasai istilah-istilah tersebut melalui penyampaian beliau yang mudah difahami dan juga memberi peluang kepada ahli-ahli crochet yang baru untuk mencuba paten-paten hasil dari seberang laut.

Selain dari itu, Puan Lina A.R juga telah berjaya membuka sebuah kelas mengait online yang saya rasakan sungguh menarik dan sangat memberikan manfaat kepada mereka yang ingin belajar secara “live” berbanding melihat pada buku ataupun video di youtube.com.

Berbalik kepada temu bual kami hari tu, saya telah pun di ajak oleh Puan Lina A.R sendiri untuk “Hang Out” bersama di G+ (G plus) sebuah platform baru google. Sesungguhnya pengalaman bersama beliau dalam masa beberapa jam itu sungguh seronok. Saya telah diberi demo oleh Puan Lina A.R bagaimana beliau mengadakan kelas secara online kepada pelajarnya. Oh saya memang sangat teruja dengan cara penyampaian beliau yang santai dan menyeronokkan. Gambar video yang terang dan penjelasan dengan suara yang jelas, memudahkan saya untuk memahami setiap gerak langkah yang ditunjukkan pada saya. InsyaAllah, saya pasti, anda pasti gembira dan tidak kecewa dengan pembelajaran secara online bersama Puan Lina A.R :)

Hang Out bersama Si Comel Pinkyfrog Real@Puan Lina A.R

Jum lihat temu bual bersama Puan Lina A.R

1. Boleh ceritakan sedikit tentang siapakah Puan Lina A.R?

IT Tech, Web Programmer, Wife, Mom, Author – Jahitan Crochet di PTS Publisher, PR- Wildcats Rugby Club-Johor, Miow lover, Kawaii Geek & full time Blogger.

2. Siapakah yang memberikan inspirasi kepada Puan Lina A.R untuk memulakan crochet?

Saya mendapat inspirasi daripada kecomelan penghasilan crochet itu sendiri. Dan ia merupakan cabaran pada diri sendiri bagi menghasilkan DIY yang boleh saya kongsikan bersama anak saya dan pastinya crochet merupakan hobi yang menyeronokkan. Selain itu saya juga peminat karaktor superhero & kartun di mana saya dapat mengekspresskannya secara freeform melalui crochet.

3. Selain daripada menerbitkan buku bersiri belajar crochet, Puan juga telah berjaya membuka sebuah kelas online untuk mereka yang ingin belajar crochet secara one-to-one, boleh Puan terangkan kepada pembaca mengenai kelas online ini dan apakah jenis platform yang digunakan?

Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet Class secara online ini merupakan pembelajaran secara alternatif yang saya dapat kongsikan kepada mereka yang masih mencari-cari DIY yang boleh dipelajari dan semestinya menyeronokkan. Ia juga merupakan kelas flexible dan boleh dicapai terus bila-bila dan di mana sahaja tidak kira lelaki atau wanita dan tiada tempoh ditetapkan.

Untuk itu saya menggunakan platform G+ di mana saya merasakan antara platform sosial terbaik di waktu ini. Saya mensasarkaan projek G+ hangout saya ini kepada remaja dan juga individu yang  masih mencari DIY projek yang seronok untuk dilakukan bersama-sama. Pembelajaran adalah dalam bentuk santai. Pelajar menetapkan waktu kelas dan tempoh masa sendiri samada di waktu siang / malam. Pembelajaran pula ialah melalui video atas talian.  Masa kelas sebenar akan di maklumkan selepas  perbincangan mendapat tarikh dan waktu yang ditetapkan.

4. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk kelas online Puan Lina dan apakah kelebihan kelas online in kepada pelajari?

Buat masa ini saya hanya berkongsi ilmu untuk Kategori BEGINNER:

30 minit pertama ialah PERCUMA, kemudian setiap 30 minit seterusnya ialah RM6.00

Bagi pelajar yang masih tiada kit mengait crochet, saya juga ada menyediakan KIT yang boleh di beli secara online, dengan kadar harga yang berpatutan.
Pelajar secara umumnya boleh menghubungi saya secara terus dan bertanya secara informal kepada saya walaupun setelah sesi tamat kerana kelas ini merupakan secara santai dan tidak terikat kepada waktu.

5. Siapakah yang memberikan inspirasi kepada Puan Lina untuk membuka kelas online ini?

Untuk melakukan sesuatu perkara di dalam hidup, saya sentiasa cuba mencari alternatif. Saya bermula dengan modal sebatang jarum dan sebuku benang serta segenggam azam. Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet Class ini merupakan dari inspirasi pengalaman saya sendiri di mana di awal saya ingin mempelajari kemahiran mengait ini saya menghadapi saat-saat sukar. Dengan ada nya kelas G+ ini merupakan sesuatu yang ingin saya berikan kembali kepada society Malaysia.

 6. Apakah matlamat dan objektif Puan mengajar online?

- Pinkyfrogshop G+Hangout Online Crochet Class  adalah untuk menanam minat rakyat Malaysia untuk melakukan DIY sendiri dan menambah keyakinan diri di dalam setiap penghasilan.
- Mewujudkan individu Malaysia berfikiran kreatif & inovatif dalam penghasilan kraf crochet dan lakukan nya dengan gembira.

- Menjalinkan perkongsian ilmu kraf crochet dan memberi impak positif kepada society crochet di Malaysia.

- Menjadikan kelas ini sebagai langkah alternatif untuk individu mempelajari kraf crochet secara atas talian.

7. Akhir sekali, apakah harapan Puan Lina kepada mereka yang ingin memulakan pembelajaran seni kait jarum satu dengan puan secara online?

Kepada mereka yang telah SUBSCRIBE saya ucapkan ribuan terima kasih kerana ingin berkongsi pengalaman, berkongsi keseronokan dan minat bersama saya. Semoga ilmu ini dapat di manfaatkan sepenuhnya.

Kepada yang masih mencari, jangan lupa hubungi saya di G+ di Crochet Lina A.R. Saya akan memastikan anda akan merasa keseronokan nya mempelajari crochet dan menghasilkan projek yang anda rasakan mustahil sebelum ini untuk anda lakukan. Di akhir bicara, saya mengharapkan lebih ramai individu Malaysia dapat mengekspresskan kreativiti mereka melalui penciptaan kraf.

Terima kasih kepada Da’knit di atas kesudian meluangkan waktu untuk Hangout bersama Pinkyfrogshop di G+. Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat kepada semua pencinta Kraf Malaysia.

Da’Knit juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Lina A.R di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk Hang Out bersama Da’Knit :)

Kepada sesiapa yang ingin berhubung dengan beliau, bolehlah singga ke blog beliau di,

http://pinkyfrogshop.blogspot.com

ataupuan berhubung dengan beliau terus di FB page:

http://www.facebook.com/pages/Pinkyfrogshop/164447506025

Happy crocheting! :)

Jarum dan Benang.. :)

Assalmualaikum semua..

Alhamdulillah..  dapat juga saya postkan entry baru kali ni :) Especially lately, been busy with some tasks though its a holiday right now, still can’t help it. Life is always like that, isn’t it? xD

Alhamdulilah again, since I am out of made-to-order at the moment, so, I finally have my own time to continue with my pending WIP.

Right: Knitting WIP for a shawl, Left: Crochet WIP for a baby blanket

Shawl yang ni adalah percubaan kedua saya. Yang first tu.. masih lagi pending dan duduk diam kat dalam beg xD hehe.. jangan tanya bila siap :P mmg lama rasanya nak siapkan yang tu.. since currently I’ve been focusing more with these two projects!

Shawl yang pertama tu, saya gunakan benang dari jenis Acrylic+Wool brand Alize Yun, dengan Circular ADDi 4mm x 60cm.. cara kaitan pun berbeza dari yang kedua ni. The first shawl start dari bahagian hujung, kemudian slolwy increase sehingga bahagian sebelah shawl siap dulu, dan decrease baru dapat satu shawl triangle yang besar.

Manakala shawl yang kedua ni *spt di atas gambar*, saya menggunakan benang 100% Magic baby acrylic dari ICE dengan jarum ADDi Circular 4mm x 80 cm..  menggunakan teknik yang berbeza, di mana shawl  ni..  kita kait  bermula dari bahagian tengah dan kedua-dua bahagian shawl di kait serentak. If you notice, ada satu rangka kat bahagian tengah seolah-0lah macam tulang belakang :) kan? itu lah point tengah yang membahagikan kedua bahagian shawl. Unikkan? For me, this technique is quite easy and easy to detect the wings of the shawl and more faster to knit! I guess, 1 ball of the baby yarn will be enough to make size M-L shawl :) Can’t wait to finish this too!

Untuk yang blanket.. ni adalah projek yang betul2 mengambil masa saya..sebabnya.. mengait secara bulatan mencabar betul @_@ Compared to square blanket, this round blanket took more time to crochet as it turns bigger and bigger..  :( After this.. saya confirm tak mahu kait blanket secara in the round lagi huhuhu..  But did you notice the hooks that I put on the blanket? Ketika mengait blanket ni.. saya telah beberapa kali tukar crochet hook hanya semata-mata mencari keselesaan ketika mengait. Is that cerewet? :p hehe.. no lah kan xD

Dari bawah: Hamanaka Raku Raku, Clover Comfort Handle, Aluminium Comfort Handle (no brand) and Addi Comfort. They are all 3.5mm except the hamanaka comes with 3mm & 4mm sizes.

Sebagai crocheter, jika anda seorang yang sangat tegar mengait, masalah paling utama ialah sakit jari, isn’t it? The same thing happened to me too. Masalah bila terlalu lama mengait, tangan akan rasa lenguh dan jari-jemari mula berasa sakit. Jadi apa yang perlu dibuat? Kita kenalah rest sebentar dari terus mengait even projek berjela-jela panjang menunggu giliran untuk disiapkan T__T masalah kan?

And thus, these comfort handle hook is invented, especially for hard-core crocheter, to avoid stressing the fingers and to give more comfortable long-hours crocheting! :)

For me, saya bukanlah seorang crocheter yang tegar.. tetapi sebagai peminat mengait, saya juga menginginkan keselesaan sewaktu mengait, how about you? :) Walaupun terpaksa melabur, tetapi, hasilnya sangat memuaskan hati apabila kita memperolehi keselesaan yang diinginkan ketika mengait. Jadi disini, saya ingin berkongsi review tentang hooks ni:

1. Hamanaka Raku Raku : One of the luxury hooks made in Japan, comes with 10 sizes *double ended*. Very comfortable. Permukaan aluminium hook ni sangat licin (seperti Tulip hook double ended) yang bonusnya handle ni very nice to grab. But, cuma ada satu masalah for me :(   as a knife-holder, masih ada rasa yang kurang sewaktu menggunakan jarum ni (mungkin masih terdapat space kat tapak tangan yang rasa kurang selesa sewaktu memegang jarum ni) Akibatnya, menyebabkan kelancaran mengait kurang memuaskan. Walaupun macam tu, this is one of the best hook that a crocheter must try! Still I am sticking with this for this moment.

2. Clover Comfort Handle Hook: Yang ni pun best! Also made in Japan. Very suitable for knife-holder like me :) Saya suka pakai yang ni. They said, this crochet hook is very suitable for beginners. Aluminium hook pun licin dan jarang tersangkut benang sewaktu mengait. Only the small thing about this hook…. kadang2 permukaan aluminium dia membuatkan rasa gigi saya ngilu sikit xD hehe.. so, kesimpulannya.. kena kait dengan benang yang sesuai supaya tidak rasa ngilu! But I do suggest this hook for everyone too :)

3. No Brand Aluminium Comfort Handle: Oh.. yang ni adalah yang paling affordable compared to the among four. This is made in China.. present in cute colours and very comfortable handle. Setelah beberapa kali mencuba yang ni.. ohhh saya memang jatuh cinta dengan handle dia! Pada awalnya.. apabila mengait menggunakan crochet hook ni.. terasa sedikit kesat.. tetapi setelah beberapa minit kaitan diteruskan, alhamdulillah.. permukaan badan hook semakin licin dan sangat laju ketika mengait. Not bad kan?! Sama baik dengan Hamanaka, Clover dan Addi! Apa yang saya sangat suka pada jarum ni ialah handlenya, 100% selesa pada saya. Hook sedikit tajam menyebabkan benang blh tersangkut tetapi boleh di-fix (macam mana? teruskan membaca :) )

Buat masa ni, saya sedang menyiapkan blanket di atas menggunakan jarum ni.. the result? Saya kait laju, tangan selesa sangat dan tiada rasa yang kurang sewaktu memegang crochet hook ni! Alangkah baiknya kalau Hamanaka mempunyai handle seperti ini :) The hook+the handle, will bring 100% comfortness. Ups.. jangan marah hamanaka :P

4. ADDi Comfort Handle: Brand ADDi merupakan brand yang terkenal made in Germany. Speciality in ADDi is the nickle-plated knitting needles. Very smooth, very slippery, very fast :) and totally I am in love with the needles 100%. But this time, saya mencuba juga ADDi hook ini. The metal part is as slippery as the needles. Its good! Only the non-comfortable part for me is the handle and the hook itself. Kenapa? Sbb comfort handle ADDi sedikit “kurus” berbanding hamanaka dan clover. Jadi kurang sesuai juga dengan saya yang suka every space di dalam tangan saya penuh T_T oh pelikkah saya? But i think.. sesiapa yang menggunakan hook dengan cara pensil and doesn’t care about the empty space under the palm.. this hook is for you! Masalah pada hook, mungkin sebab tajam sikit, benang cepat tersangkut pada hook..tapi ni boleh disettle. Macam mana? Garukan sedikit hook tu kat atas semen utk tumpulkan sedikit hujungnya! Jangan garu lebih-lebih ok?  hehe..resultnya? Tiada lagi tersangkut-sangkut sewaktu mengait :)

Woha! Hopefully entry kali ni menarik untuk dibaca :) Dah lama saya tidak berkongsi pendapat ttg hook. Semoga entry ni memberikan kebaikan dan manfaat kepada peminat2 crochet untuk memilih jarum terbaik buat projek mereka :) Maafkan saya di atas bahasa rojak saya…

Sebenarnya, keselesaan sesuatu hook itu masih bergantung pada individu itu sendiri. Ada juga yang knife-holder seperti saya suka pada hamanaka dan tiada masalah seperti saya. Kesimpulannya.. anda cuba dan anda lah yang menentukannya! Pendapat di atas tu hanya sekadar pendapat mentah saya tentang hook-hook ni.

Sehingga berjumpa lagi :)

May Allah swt bless us all! Thank you for hopping by!

DON’T FORGET TO CHECK OUR 10% DISCOUNT AT WWW.DAKNIT.COM UNTIL 30 NOV 2011

Cara memulakan belajar mengait

Assalamualaikum everyone.. apa khabar? Semoga teman Da’Knit semua sihat sentiasa insyaAllah…

Kali ini Da’Knit ingin membuat pos mengenai Cara Memulakan Belajar Mengait sama ada Knitting ataupun Crochet.

Saya telah menerima sebuah email daripada seorang hamba Allah bertanyakan tentang cara memulakan mengait beg ataupun topi.

Oleh itu, disini, saya ingin memberikan panduan memulakan seni mengait ini. Diharap pos ini akan membantu anda yang juga ingin belajar mengait :)

My current project.. Crochet Along with Yarn Lovers Malaysia (YLM) :)

1. Memahami asas mengait jarum kait dua (Knitting) ataupun jarum kait satu (Crochet)

Photo credited to photo-dict.faqs.org

Knitting (Jarum Kait Dua)

Asas yang perlu diketahui ialah:

Photo credited to http://www.craftstylish.com

Crochet (Jarum Kait Satu)

Asas yang perlu diketahui ialah:

2. Memahami istilah-istilah untuk Knitting dan Crochet

Istilah Knitting dan Crochet:

Untuk bacaan berbentuk instruction/arahan, kita harus memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh merujuk Knitting Abbreviations (sila klik link) untuk memahami setiap istilah.

Manakala untuk bacaan crochet, anda juga perlu memahami setiap istilah singkatan bagi bacaan pattern tersebut. Crochet hadir dalam bentuk arahan dan juga diagram. Bagi memahami istilah berbentuk arahan, anda boleh klik pada link ini: Crochet Abbreviations dan untuk memahami istilah simbol, anda boleh klik pada link ini: Crochet Symbols

Setiap istilah ini menyatakan jenis kaitan yang perlu kita buat. Oleh itu, anda perlu perhatikan juga cara kaitan (boleh rujuk di youtube.com) bagi setiap istilah untuk memudahkan anda membaca pattern dan mengait pattern tersebut.

3. Praktik Menggunakan Pattern yang Mudah.

Setelah anda memahami asas dan juga cara membaca istilah pattern, maka, anda sudah pun boleh memulakan kaitan anda dengan merujuk pattern yang mudah bagi mengait projek yang anda inginkan.

Antara laman-laman web yang anda boleh lawati ialah seperti:

http://www.straw.com/cpy/free_patterns.html

http://www.knittingpatterncentral.com/

Anda boleh pilih pattern yang mudah.. kebiasaannya akan dinyatakan pattern tersebut adalah untuk Beginner. Cuba dan fahami setiap istilah di dalam pattern, dan kemudian kait perlahan-lahan mengikut arahan/simbol yang diberi. InsyaAllah, saya percaya anda boleh lakukannya!

4. Pemilihan Benang.

Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis benang yang menarik dari pelbagai jenis manufacture secara offline ataupun online. Di Malaysia, benang-benang yang biasa digunakan adalah terdiri daripada Nona, Minlon, Sakura, Wina, Venus, Orion Top dan pelbagai lagi jenis-jenis benang yang diperbuat daripada acrylic. Kebanyakkan benang-benang tempatan ini sesuai digunakan untuk mengait alas meja, beg, amigurumi namun secara kasarnya, kurang sesuai untuk digunakan mengait pakaian. Secara online pula, anda boleh mendapatkan benang-benang yang lebih baik kualiti dan mutunya untuk mengait baju, shawl, pakaian bayi dan pelbagai projek untuk keselesaan. Benang-benang ini boleh digunakan menggunakan satu jarum (crochet) mahupun dua jarum (knitting). Benang khas crochet yang dipanggil sebagai crochet thread sesuai digunakan untuk membuat lace ataupun doilies. Manakala benang-benang biasa (yang pelbagai saiz) sama ada crochet ataupun knitting, kedua-duanya boleh digunakan untuk mengait benang-benang ini. Pemilihan jarum dan benang adalah berdasarkan thickness benang tersebut. Semakin tebal benang, maka semakin besar saiz jarum yang digunakan dan begitu juga sebaliknya. Jikalau anda mengait merujuk pattern, maka adalah lebih elok anda mengait berdasarkan jarum dan benang yang dicadangkan. Jikalau tidak mempunyai benang ataupun jarum seperti di dalam pattern, maka peranan Gauge sangat penting dalam mendapatkan ukuran kaitan yang diinginkan.

Anda boleh layari laman-laman web ini untuk melihat jenis-jenis benang yang ada di kedai online kami:

http://yarnsonlineshop.com – kedai benang online Da’Knit Yarns

http://www.daknit.com – kedai jarum kait dua/satu dan benang online Da’Knit

Diharap guidelines ini akan membantu kawan-kawan yang ingin belajar mengait jarum satu ataupun dua :) Jangan cepat putus asa! Yang penting.. sentiasa praktikkan apa yang telah dipelajari. Practice makes perfect!

InsyaAllah.

Semoga panduan ini memberikan manfaatnya untuk kita semua. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke sindarery@gmail.com

May Allah swt bless us all :)

Have a good night!

Crochet Tutorial by Da'Knit

**Please leave your comment about tutorials below either you think they are good, clear, understandable or otherwise. Thank you :)

1. How to do Chain Stitch ( Ch )

2. How to do Single Crochet ( Sc )

3. How to do Double Crochet ( Dc )

4. How to do Slip Stitch ( Sl St ) – this is not my video. Thank you to www.thecrochetside.com

E-Books: Tutorial 4 Knitting & Crochet

Several months ago, I have found a very good basic e-book from RedHeart.Com for Knitting and Crochet. This is not my tutorial and I do not own it. However, because it’s free ( as far as I remember xD) Here I would like to share them all with you!

You can download via the link at below:

1. Knitting – Knitting Tutorial Made Easy

2. Crochet – Crochet Tutorial Made Easy

If you download, please share your opinions and how do you think about this tutorial in the comment box of this entry ya! Let’s our friends hear what you say :)

Happy Learning Minna!

May Allah swt bless us all.

p/s: If you have any difficulties with the tutorial, we can learn together! So do not hesitate to contact me ya!

Assalamualaikum

Belajar Mengait

Allahummasolli ‘ala saidina Muhammad wa’ala ali wa sohbihi wasallim..

Semoga dengan berselawat ke atasnya siang dan malam. kita mendapat syafa’at Rasullullah s.a.w.

Assalamualaikum semua.. :)

Memandangkan hari ini cuti, dan saya free sangat-sangat.. kali ini saya ingin memberikan beberapa info tentang mengait. Alhamdulillah, saya gembira mendapat email-email teman semua yang bertanyakan tentang cara-cara memulakan mengait. Mengait ni memang sangat seni.. bukan setakat kita kait, cantik dan nah.. ambik kau! hehe.. tak adalah gurau ja. Yang bestnya mengait ni.. anda tak perlu fikir nak jahit ataupun potong kain hahaha.. saya adalah jenis yang kurang mahir dengan jahit-menjahit mungkin satu hari nanti insyaAllah.. jadi buat masa ni, saya lebih selesa dengan mengait, sebagai menambah kemahiran dan juga hobi.

Mengait adalah merupakan satu kemahiran tangan yang sangat tualah usianya.. sejak beratus tahun yang lalu.. oh lama tu..  dan mengait ini terbahagi kepada dua jenis. Iaitu:

1. Crochet

2. Knitting

Ok, jum kita cerita sikit pasal kedua-dua jenis kaitan ini.

1. Crochet:

Crochet (sebut Krosye) ataupun dalam bahasa kita dipanggil Krusye/Jarum Kait Satu adalah seni yang paling famous dekat negara kita. Jarum yang digunakan adalah terdiri dari satu batang jarum yang berkepala hook. Jadi mostly, mereka memanggil jarum crochet dengan istilah hook needle. Crochet juga terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

1. Crochet (sangat popular)

2. Double ended crochet (boleh digunakan untuk mengait secara in-the-round)

2. Tunisian/Afghan Crochet (merupakan satu teknik mengggunakan jarum yang panjang seakan-akan jarum knitting. Kaitannya juga adalah hampir dengan knitting)

Crochet juga sangat senang dipelajari apabila anda telah mengetahui asasnya iaitu :

1. Chain Stitch

2. Single Crochet

3. Double Crochet

4. Half Double Crochet

5. Slip Stitch

Kemudian, setelah anda mahir dengan asas-asas ini.. ianya akan memudahkan anda untuk belajar teknik lain seperti increase, decrease, shell, dan pelbagai jenis stitches yang cantik-cantik lagi :)

Terdapat pelbagai jenis jarum kait satu yang anda boleh gunakan untuk mengait. Tidak hanya bergantung pada satu jenis jarum sahaja kerana setiap jarum kait ini mempunyai saiz yang berbeza dan kegunaan yang berbeza. Malah ada jarum-jarum kait ini, walaupun sama saiz tetapi diperbuat daripada manufacture yang berbeza, hasilnya tetap juga berbeza. Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mengait dengan jarum A, teruskan mengait dengan jarum A sehingga habis projek anda. Sebab walaupun katakan jarum B mempunyai saiz yang sama dengan jarum A, ianya akan memberikan kesan yang berbeza terhadap projek kait anda. Ini adalah disebabkan oleh kepala jarum (hook) mempunyai rupa yang berbeza. Anda boleh lihat gambar di bawah ini sebagai contoh :

Kedua-dua ini adalah saiz yang sama iaitu 4.00 mm. Tetapi manufacture yang berbeza, satu dari China dan satu lagi dari Jepun. Kalau anda perhatikan dengan baik, anda akan dapat lihat perbezaan kepala hook bagi kedua jarum ini, perbezaan ini sangat mempengaruhi hasil kait kita. Yang biasa itu.. lebih tajam dan kecil sikit hooknya, manakala yang clover itu, tebal dan tidak begitu tajam hooknya.

Ok, sekarang kita cerita pula pasal knitting :)

2. Knitting

Apa yang membezakan Knitting dengan Crochet?

Knitting adalah satu kemahiran dimana anda mengguna dua jarum ataupun beberapa jarum ketika mengait. Bagi saya istilah jarum kait dua itu kurang sesuai kerana konteks knitting ini lebih besar. Ini kerana, knitting meliputi mengait dengan dua jarum, 4 jarum ataupun 5 jarum. Jarum knitting terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Straight Needles/Single Point Needles (mostly orang panggil sebagai classic knitting) : Biasanya kebanyakkan beginner akan memulakan pembelajaran mengait Knitting dengan menggunakan jarum jenis ini.

2. Double Pointed Needles (kedua-dua bahagian jarum mempunyai tip) : Digunakan untuk mengait secara knit in the round seperti socks, topi, beg, i-cord..

3. Circular Needles (mempunyai tube yang menyambungkan dua jarum.. juga dikenali sebagai modern knitting) : Sangat fleksibel! Circular needles adalah kegemaran saya :)

Untuk belajar knitting, kita mesti tahu 4 asas iaitu:

1. Cast On

2. Knit

3. Purl

4. Bind Off

Jikalau anda sudah mahir dengan keempat-empat asas ini, anda akan lebih mudah memahami teknik-teknik lain seperti increase, decrease, cable, lace dan pelbagai jenis stitches lagi yang cantik cantik! :) Seperti crochet, jarum Knitting juga mempunyai pelbagai jenis saiz untuk pelbagai jenis benang bagi menghasilkan pelbagai jenis produk yang menarik!

So..apa beza crochet dan knitting?

Crochet dan knitting, sama-sama mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Walaupun ada yang kata, crochet lagi best dari knitting dan sebaliknya, ataupun crochet lebih senang dari knitting dan juga sebaliknya, namun hakikatnya, kedua-kedua teknik mengait ini sangat seronok untuk dipelajari. Tidak ada yang membezakan knitting dan crochet melainkan anda sendiri yang membezakannya :)

Crochet menghasilkan tension yang lebih keras disebabkan kaitannya lebih berfokus kepada satu loop. Selain itu, crochet sangat sesuai untuk pelbagai jenis pattern lace, lebih cepat siap kaitannya, namun menggunakan benang yang lebih banyak berbanding knitting kerana penggunaan loop-nya yang lebih banyak berbanding knitting. Sangat sesuai untuk menghasilkan accessories seperti topi, beg, alas meja, doilies, dan mudah digunakan untuk menyambung hasil kaitan dengan yang lain (seperti granny squares). Tetapi juga sesuai untuk mengait baju, bagi mendapatkan hasil baju yang lembut menggunakan crochet, adalah baik jika kaitan itu dimix dengan lace pattern ataupun menggunakan benang yang lembut dan tebal.

Knitting pula menghasilkan tension yang lebih lembut disebabkan fokus loopnya yang lebih luas. Sangat sesuai untuk mengait baju, juga beg, topi dan lace, socks. Knitting memerlukan masa yang lebih lama berbanding crochet ketika mengait, dan menghasilkan kaitan yang lebih stretchy daripada crochet. Best for joining stitches secara knit in the round. Selain itu, knitting juga menggunakan benang yang sedikit berbanding crochet, dan memerlukan banyak accessories tambahan ketika mengait pattern-pattern tertentu seperti cable pattern yang memerlukan jarum cable.

Jika anda adalah seorang yang sangat meminati bidang mengait, sangat baik jika anda mencuba pelbagai jenis jarum kait yang berbeza, untuk melihat hasil yang baik dan juga untuk mendapatkan keselesaan yang memuaskan hati anda ketika mengait. Terdapat pelbagai saiz jarum juga, untuk disesuaikan dengan thickness yarns. Saiz jarum berbeza, memberikan hasil yang berbeza pada benang yang sama. Contohnya, jika anda menggunakan saiz 2.5mm untuk mengait benang Minlon, hasilnya akan lebih halus dan keras, tetapi kalau anda menggunakan saiz jarum 4.00mm, hasilnya sedikit lebih longgar dan tensionnya tidak begitu keras. Sebab itu, apabila kita mengait berdasarkan pattern, adalah lebih baik kita ikut apa yang disuggestkan oleh pattern, jikalau anda tidak mempunyai saiz/benang seperti yang dicadangkan di dalam pattern, anda boleh mencuba dahulu pattern dengan benang dan jarum yang ada bagi melihat gauge-nya sebelum memulakan pattern.

Ketika belajar mengait, saya suka memahirkan diri dengan mencuba pelbagai jenis pattern. Pada awalnya, saya menggunakan jarum straight untuk mengait tetapi, pada masa ini, saya sangat selesa dan suka menggunakan jarum circular.

Mengapa saya sangat suka menggunkan circular?

1. Boleh digunakan seperti Straight Needles (flat knitting) dan disebabkan jarum ini lebih panjang berbanding straight needles, maka anda boleh menghasilkan kaitan yang lebih besar.

3. Boleh mengait secara knit in the round/join stitches seperti topi, beg, socks..

2. Teknik Magic Loop : Jikalau anda adalah seorang pengguna circular, adalah sangat rugi jika anda tidak mempraktikkan teknik ini. Teknik ini sangat seronok dan sesuai untuk pelbagai jenis pattern yang memerlukan knit in the round.

3. Jikalau anda tidak suka menjahit bahagian-bahagian yang telah dikait, jarum circular adalah teman baik anda! :) hehe.. kenapa? sebab jarum circular boleh mengait baju/beg tanpa perlu jahit tepi. This we called as seamless knitting. Antara nama teknik yang lain adalah seperti top down knitting ataupun raglan knitting

4. All in one needles :) Anda tidak perlu menggunakan double pointed needles lagi.

Namun, ini adalah terpulang kepada keselesaan anda. Masih ramai lagi yang selesa dan suka menggunakan jarum kait straight/double pointed needles untuk mengait. Dan masih ramai juga yang kurang selesa menggunakan circular needles. Saya juga masih menggunakan double pointed needles ketika mengait.

Alhamdulillah.. panjangnya saya menulis kali ini. Maafkan saya kalau ianya membosankan hahaha.. saya pun budak masih belajar dan tulisan ini juga adalah buat rujukan saya sendiri di masa hadapan.  Diharap info ini berguna dan memberikan manfaat untuk kita semua. Mana-mana yang salah, sila perbetulkan ya! kalau ada tambahan lain, anda boleh komen di bawah dan berikan pandangan anda juga, sharing is caring! :D

Thanks for hopping by!

Assalamualaikum,